Sunday, July 15, 2007

Sejarah Labu Sayong

Sejarah Labu Sayong

JENIS-JENIS LABU

LABU GELUGUR
Labu gelugur dihasilkan daripada bentuk buah gelugur yang mempunyai badan yang bulat dan berlekuk-lekuk. Lekuk ini dihasilkan dengan menekan jari dan dengan bantuan alat buatan sendiri yang diperbuat daripada kayu. Seluruh bahagian badan labu itu akan ditekan sehingga menimbulkan kesan lurah bagi menggambarkan buah gelugur.

LABU PANAI
Labu Panai ialah bentuk labu yang berhiaskan garis-garis lurus atau menyerong pada bahagian badannya. Garis-garis yang dipanggil panai ini dihasilkan dengan menempelkan tanah pada badan labu atau mengukir badannya dengan alat pengukir yang dibuat sendiri oleh tukang-tukang ini. Terdapat juga panai yang dihasilkan dengan teknik gurisan. Teknik ini tidak meninggalkan kesan timbul pada badan labu

LABU TANAH
Istilah labu tanah muncul berdasarkan material asas yang digunakan dalam pembinaan badannya iaitu tanah. Dari segi reka bentuknya, ia adalah seiras dengan buah labu yang asli, untuk membezakannya dengan yang asli maka perkataan 'tanah' digunakan dibelakang labu tiruan yang diperbuat daripada tanah.
Oleh kerana reka bentuk labu ini diadaptasikan daripada bentuk semulajadi alam, maka rekaannya adalah ringkas. Labu tanah mempunyai badan yang bulat dan bentuk lehernya adalah menyerupai tangkai labu yang tegak ke atas dari bahagian badannya.Labu tanah ini tidak mempunyai kaki di bahagian punggungnya. Permukaan dasarnya adalah leper seperti reka bentuk dasar labu lepap.

LABU LEPAP
Labu ini dipanggil labu lepap kerana bentuk labunya yang leper di bahagian punggung, tidak mempunyai kaki dan rata. Badannya masih berbentuk bulat dan hiasan permukaan luarnya tidak berpanai timbul, kalau adapun hanyalah dihiasi dengan gurisan-gurisan menegak, melintang, membujur sahaja atau dibiarkan kosong dan licin sama sekali.


MEMPROSES LABU SAYONG

1 Menyediakan tanah Mengambil tanah dari tempat dan medium yang sesuai. Tanah
ini terbahagi kepada tiga medium yang berbeza iaitu tanah biasa, pasir dan diikuti pula
dengan tanah liat. Oleh itu untuk mendapatkan tanah liat, lubang perlu digali sedalam tiga
kaki dari permukaan tanah.

2 Menjemur Tujuannya ialah untuk mengeringkan jenis-jenis tanah liat yang digunakan.
Tanah yang telah dibekalkan hendaklah dicangkul dan diisikan didalam kereta sorong
untuk dibawa ke tempat tanah itu dijemur iaitu di atas zink atau pelantar yang
didedahkan kepada cahaya matahari selama satu atau dua hari.

3 MenumbukTanah perlulah benar-benar kering sebelum menjalankan proses ini. Proses
ini dilakukan menggunakan lesung kaki dan melibatkan dua orang pekerja.Tujuan utama
proses ini dijalankan adalah untuk menghaluskan tanah .

4 Mengayak Proses ini bertujuan untuk mengasingkan tanah daripada sampah dan ketulan
tanah yang tidak hancur. Proses ini dilakukan supaya tanah menjadi serbuk(powder).

5 Membancuh Tujuan untuk mencampur tanah dengan air. Sukatan air hendaklah dikawal
supaya campuran tidak menjadi terlalu lembik atau terlalu keras. Proses membancuh
boleh dibuat di dalam bekas seperti baldi, basin dan sebagainya di mana campuran itu
digaul sehingga sebati.

6 MenguliTujuan untuk menjadikan ketulan tanah yang padat dari mengandungi angin.
Menguli tanah boleh dikerjakan dengan tekanan tangan dan pusingan tanah.

7 Membentuk Membentuk adalah penting dalam menghasilkan labu kerana inilah yang
menentukan keindahan dan kekuatan labu. Ibu jari berperanan penting dalam
pembentukan permukaan labu. Tanah berbentuk silinder akan dilingkari menjadi satu
bulatan dan diletakkan di atas pinggan. Lingkaran tanah dipicit sambil memusing pinggan.
Proses pemicitan ini dilakukan untuk menaikkan tanah agar berbentuk badan, leher,
kepala dan muncung labu. Sudip buluh digunakan untuk melurut permukaan labu supaya
kelihatan sama dan licin. Penepek digunakan untuk memampatkan badan labu. Setelah
badan labu terbentuk ,tanah liat yang telah dileperkan dicantum bagi menutup bahagian
terbuka. Tanah liat leper akan menjadi bahagian tapak labu.

8 MenghiasApabila labu siap, ia dilicinkan dengan sudip buluh dan digilap menggunakan
batu luru. Labu dibiarkan kering sebelum dihiasi dengan motif. Motif-motif yang
dihasilkan dengan menekan kayu meterai ke permukaan labu. Labu ini dibiarkan kering
untuk dibakar.

9 MembakarProses ini terbahagi kepada tiga peringkat iaitu menyalai, membakar dan
menyepuh. Labu-labu yang cukup kering disalai menggunakan bahang api, sabut kelapa
kering, dan sedikit kayu kering yang dibakar. Kemudian labu diletakkan di atas para
secara terbalik dan ditutup dengan daun pisang, daun kelapa atau tikar selepas disalai.
Kayu api disusun dibawah para lalu dinyalakan untuk proses pembakaran. Bahang api ini
akan memanaskan labu yang telah dimasukkan ke dalam unggun api. Selepas dibakar labu
dimasukkan ke dalam sekam padi untuk mendapatkan warna hitam di permukaan labu.
Kemudian bahagian bawah tapak labu disapu dengan damar untuk menghalang air
daripada meresap keluar. Labu dibiarkan seketika dan dibersihkan sebelum digunakan.

No comments: